Keadaan rakyat Malaysia di Amerika Syarikat masih baik, walaupun kadar peningkatan kes COVID di negara ini agak ketara.
Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Azmil Mohd Zabidi bagaimanapun menjelaskan pihak kedutaan Malaysia di Washington sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan keadaan rakyat Malaysia di negara Uncle Sam itu sentiasa terbela.