Polis telah menahan seramai 315 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setakat 1 Ogos.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, daripada jumlah itu, tiga individu telah direman manakala 312 individu dikenakan kompaun.