Sebanyak 127 jalan negeri dan 70 Jalan Persekutuan di Pahang terjejas berikutan banjir di negeri tersebut.
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, selain jalan terputus akibat takungan air, antara kerosakan lain yang berlaku ialah cerun jalan runtuh yang menyebabkan penutupan jalan di beberapa lokasi.