Jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 5,419 melibatkan lima negeri setakat jam 12 tengah hari tadi.
Berdasarkan portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ia melibatkan 1,594 keluarga di Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah.