Hari ini , Malaysia merekodkan kes harian baharu sebanyak 4,275 kes.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 180,455 kes.
Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 42,769 kes.
Dalam pada itu, bilangan kes sembuh harini sebanyak 4,313 kes.. Menjadikan kes pulih 137,019 kes.
Sehingga kini, terdapat 260 kes positif sedang dirawat di ICU, di mana 103 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dan dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 7 kes kematian menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 667 kes .