Sebuah pusat internet akan dibuka di pejabat pusat khidmat Dun Layar, Betong dalam waktu terdekat.
Pembukaan pusat internet itu adalah bagi memudahkan pelajar rumah panjang dan kampung di kawasan dun berkenaan yang mempunyai masalah capaian internet bagi sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
Bagi Adun Layar, Gerald Rentap Jabu, kerja-kerja pengubahsuaian ruang dan naik taraf kelajuan capaian internet sedang dilakukan pihaknya.