Pandemik COVID-19 memberi pelbagai kesan kepada sektor ekonomi di seluruh dunia tidak ketinggalan di Malaysia. Menurut Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, selain sektor kesihatan menjadi keutamaan, pada masa sama faktor ekonomi juga dikhuatiri boleh memberi kesan termasuk peningkatan kadar bunuh diri.