Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, bersedia menjadi orang pertama dalam kumpulan terawal menerima suntikan vaksin bagi meyakinkan rakyat mengenai tahap keselamatan vaksin COVID-19.
Katanya, pimpinan lain turut perlu bersedia menerima suntikan vaksin COVID-19 agar orang ramai tidak berasa takut.