Pakar Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci menerima suntikan vaksin COVID-19 bersama dengan pakar kesihatan persekutuan lain yang membantu mengawasi perkembangan vaksin di negara itu.
Vaksinasi pada Selasa di Kampus Institut Kesihatan Nasional, Washington adalah sebahagian daripada usaha kerajaan yang lebih luas untuk meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap keselamatan dua vaksin COVID-19 yang diluluskan oleh Pengawal Selia Amerika.