Kerajaan Australia mengutuk tindakan Facebook menyekat pengguna di negara itu daripada kongsi atau baca kandungan berita di platformnya.
Ini selepas Australia mencadangkan undang-undang baharu yang menuntut gergasi teknologi seperti Facebook dan Google membayar untuk kandungan yang dikeluarkan syarikat berita.