Perdana Menteri Australia Scott Morrison menggesa supaya Facebook menamatkan sekatan akses kandungan berita di platform tersebut buat pengguna di negara itu.
Beliau memberi amaran bahawa negara-negara lain mungkin akan mengambil langkah sama untuk menuntut bayaran daripada syarikat gergasi teknologi untuk kandungan berita.