Tindakan ahli politik melompat parti tidak menjadi satu kesalahan di negara ini melainkan melibatkan pembayaran rasuah pihak tertentu.Demikian tegas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Azam Baki ketika mengulas gesaan Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador baru-baru ini.