Dalam pada itu di Kuala Lumpur, polis menahan empat individu lelaki berikutan kes membakar mercun di tempat terbuka di Pangsapuri Sri Perak, Sentul pada awal pagi Khamis.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata tangkapan pertama melibatkan mereka yang berusia 44,13, dan 12 tahun.
Manakala, seorang lagi suspek lelaki berusia 58 tahun ditahan pada jam 11 malam Khamis yang didapati menjual 130 butir mercun bola serta pelbagai jenis bunga api.