Akibat melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP), sekumpulan jemaah surau dan masjid di Chetok, Pasir Mas, Kelantan, dikenakan kompaun 1,500 ringgit seorang, Ahad lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M. Nasir, insiden tular itu melibatkan 28 jemaah masjid dan sembilan jemaah surau.