Meskipun kerajaan yang ada pada hari ini membuat kesilapan, rakyat masih tidak boleh memberi mandat kepada pembangkang sebagai ganti kerana keselesaan dan kemakmuran yang telah diberikan, kata bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin.
Menurutnya, parti-parti dalam Pakatan Rakyat tidak pernah bersatu dalam pelbagai isu, menjadikan negara dalam bahaya sekiranya mereka menjadi pemerintah.