Kerajaan negeri Johor bersetuju menyalurkan bantuan kewangan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada kira-kira 13,400 penjawat awam dengan pembabitan dana berjumlah RM18.81 juta.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi dalam satu sidang media di Pejabat Menteri Besar, Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Johor hari ini.
Sumber: https://www.facebook.com/onnhafizghazi/videos/1015508232399439