ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) perlu mewujudkan satu ekosistem yang kondusif bagi memastikan rantaian bekalan global sentiasa tersedia, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS di Washington DC pada Jumaat waktu tempatan.
Beliau berkata langkah itu penting dalam menangani isu jaminan kesihatan dan pemulihan pandemik.