Kerajaan perlu atasi krisis ringgit dengan menumpukan pembaikan pasaran tukaran mata wang asing bagi menyelamatkan ekonomi negara daripada terus merosot sehingga menjejaskan ekonomi dan kehidupan rakyat.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah memberi cadangan itu supaya nilai ringgit tidak terus jatuh tetapi dapat dipertingkatkan berbanding dolar Amerika Syarikat.