Bermula dengan hanya rutin latihan penerbangan akhirnya bertukar menjadi misi menyelamat.
Itu situasi yang dihadapi anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang melakukan rutin latihan di Perairan Kapar, Klang sebelum menjumpai sekumpulan pemancing yang terkapai-kapai meminta bantuan setelah terkandas di Pulau Batu Berantai, Jeram pada Khamis.