Selepas gagal membatalkan tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram di Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sekali lagi mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Representasi tersebut dihantar pada 5 September lalu, iaitu hari sama Mahkamah Rayuan menolak permohonan Ahli Parlimen Baling itu untuk membatalkan sembilan pertuduhan dihadapinya.