Pengagihan kerusi dan senarai calon bagi Pas dan Bersatu di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-15 telah dimuktamadkan dan selesai.
Sambil berseloroh, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kesemua calon yang disenaraikan lebih muda daripada penyandang Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad.