Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyerahkan masa depan negara kepada ahli politik generasi baharu kerana menurutnya golongan muda berkemungkinan hidup lebih lama daripada dirinya.
Merujuk kepada ahli Muda, Mohamad berkata justeru terpulang kepada mereka untuk menyelamatkan negara.
Berucap di ceramah ‘Mega Muar’ anjuran Muda malam tadi, dia turut memuji penubuhan parti itu semasa politik Malaysia sedang bergolak susulan perkembangan beberapa tahun lalu.
Sumber video: https://www.facebook.com/100044496216937/videos/1164491477483221