Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan 13 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) memasuki negara ini melalui laluan tikus di sempadan negara Malaysia-Thailand.
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataannya berkata, kesemua PATI warga Myanmar itu ditahan menerusi tiga siri tangkapan di bawah sektor Op Benteng.