Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan 13 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) memasuki negara ini melalui dua laluan di sempadan negara Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, Kedah, pada Ahad.
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) berkata, kesemua pati warga Myanmar dan Thailand itu ditahan di kawasan Bukit Kayu Hitam, Kedah di bawah sektor Op Benteng kawasan tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 BGD).