Peguam Muhammad Shafee Abdullah dibebaskan daripada empat pertuduhan berkaitan RM9.5 juta yang diterima daripada bekas perdana menteri, Najib Razak.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap peguam veteran itu.