Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki negara ini melalui laluan tidak sah di sempadan negara Malaysia-Thailand pada Khamis.
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) memaklumkan kesemua PATI warga Myanmar itu ditahan menerusi tangkapan di bawah sektor Op Benteng di kawasan tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia di Bukit Kayu Hitam.