Pemulihan ekonomi harus menjadi fokus utama bagi Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentukan kerajaan.
Ketua Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya, Prof Madya Dr Zulkanain Abdul Rahman berkata ini bermaksud menangani masalah inflasi serta kos sara hidup yang tinggi.