Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) hari ini mengumumkan bahawa telah mengeluarkan Notis mengenai tawaran pengambilalihan secara sukarela bersyarat (Tawaran) kepada Lembaga Pengarah Boustead Holdings Berhad (BHB).Menerusi satu kenyataan media pada Khamis, LTAT memaklumkan tawaran itu untuk baki 822,510,779 saham dalam BHB atau 40.58% yang tidak dipegang oleh LTAT untuk tawaran tunai sebanyak RM0.855 seunit saham.