Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali berkata tidak wajar untuk kerajaan hanya meletakkan wakil-wakil birokrat dalam Jawatankuasa Khas Kabinet Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif dan Jawatankuasa Eksekutif Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif. Sebaliknya, Kerajaan perlu libatkan wakil-wakil majikan dan pekerja dalam jawatankuasa berkenaan.