Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali berkata Kerajaan perlu memastikan keberadaan 2 juta pekerja asing dalam negara tidak menjadi tantangan kepada pelaksanaan Dasar Gaji Progresif. Jelasnya, sekiranya dasar ini dilaksanakan dengan struktur pasaran buruh semasa, manfaat subsidi dan latihan produktiviti akan turut dinikmati pekerja bukan warganegara.