Haikal sempat senyum sebelum tenggelam

Sinar Harian 2023-12-16

Views 5.1K

Haikal sempat senyum sebelum tenggelam

BERITA MOJO 16 DISEMBER 2023

Rakan kepada Mohamad Amirul Haikal Che Jaafar yang dikhuatirkan lemas  di tali air berhampiran perkampungan Indera Sempurna, Kuantan petang Jumaat  melihat mangsa tersenyum sebelum dibawa arus deras, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.

Itu antara perkara terakhir yang diceritakan salah seorang daripada enam rakan iaitu Muhammad Emil Zakuan Mazri, yang cuba membantu mangsa yang dipanggil Haikal sebelum lemas.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan seorang pelajar Tingkatan Dua dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Kilau dilaporkan lemas ketika mandi bersama enam rakannya di tali air berhampiran perkampungan Indera Sempurna.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/639934/berita/semasa/haikal-sempat-senyum-sebelum-tenggelam

#SinarHarian #SinarTerkini #BeritaMojo #lemas

Share This Video


Download

  
Report form