Polis jamin keadilan untuk kes Zaharif
BERITA MOJO 17 DISEMBER 2023
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri memberi jaminan tidak berkompromi dalam siasatan berhubung kes kematian seorang pelajar lelaki akibat dilanggar dan diseret kereta di Jalan Taman Jati dekat Meru, di sini pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Jaminan itu diberikan sewaktu mengunjungi keluarga mangsa di kediaman mereka di Taman Chepor Sentosa di Ipoh pada Sabtu.
Sebelum itu, Mohd Yusri berkata, polis juga akan segera melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan.
ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/639988/berita/semasa/pelajar-maut-dilanggar-polis-segerakan-siasatan-untuk-pendakwaan
#SinarHarian #SinarTerkini #BeritaMojo