Polis merakam percakapan Chegu Bard, atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin dan Muhammad Zahid Md Arip berhubung kenyataan yang didakwa berbaur hasutan berkaitan kereta kurniaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.