Hujan lebat berterusan membawa kepada beberapa kejadian tanah runtuh di Padang Indonesia mengorbankan 26 individu setakat ini. Pihak berkuasa Sumatera Barat yang mengesahkan peningkatan jumlah mangsa korban itu dalam masa yang sama memaklumkan anggota penyelamat turut giat mencari baki enam mangsa yang masih hilang.