Pengikut GISBH tidak ikut amalan Al-Arqam - Anak Asaari
Anak perempuan pengasas Al-Arqam, Asaari Muhammad mengesahkan ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) tidak lagi mengikuti amalan kumpulan berkenaan yang telah diisytihar sesat itu, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury.
Khaulah Asaari, 38, yang juga merupakan pengarah salah sebuah anak syarikat GISBH turut menegaskan bahawa ahli-ahli dalam kumpulan tersebut juga tidak mengamalkan Aurad Muhammadiyah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/690881/berita/semasa/pengikut-gisbh-tidak-ikut-amalan-al-arqam---anak-asaari
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #GISBH