UMNO, PKR belum bincang tindakan Tengku Zafrul - Khaled

Sinar Harian 2025-06-03

Views 1K

UMNO, PKR belum bincang tindakan Tengku Zafrul - Khaled

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan bahawa setakat ini tiada sebarang perbincangan rasmi diadakan antara UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), susulan laporan mengenai hasrat Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk menyertai PKR, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Noor Faezah Muda.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Pertahanan berkata, keputusan Tengku Zafrul untuk meninggalkan UMNO adalah hak peribadi yang tidak boleh dihalang parti dan ia turut mencerminkan karakter serta pendirian politik beliau.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731973/berita/politik/umno-pkr-belum-bincang-tindakan-tengku-zafrul---khaled

#SinarHarian #BeritaSemasa #umno #tengkuzafrul #keluarparti #Khalednordin

Share This Video


Download

  
Report form