Usaha membina komuniti yang lebih mampan dan inklusif di rantau Asia terus diperkukuh menerusi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat, ASEAN Sustainable Community Development (ASCD) anjuran Kelab Penyayang UiTM. Program ini memberi tumpuan kepada pelaksanaan aktiviti CSR merentas negara Asia, merangkumi aspek pembangunan sosial, kebajikan komuniti serta pemerkasaan masyarakat setempat, dengan pelaksanaannya merentasi beberapa lokasi termasuk Yogyakarta, Vietnam, Jakarta, Bandung dan siri terbaharu di Malang, Indonesia.
Namun sejauh manakah impak sebenar pendekatan CSR rentas sempadan ini terhadap komuniti setempat, dan bagaimana ia mampu mencetuskan perubahan yang lebih mampan dalam jangka panjang? Pagi ini dalam AWANI Pagi, kami mengupas pelaksanaan serta keberkesanan inisiatif ASCD dalam membentuk pembangunan komuniti serantau yang lebih holistik dan berdaya tahan.