NGO desak SPRM siasat bekas menteri libatkan dana RM1.1 bilion

Sinar Harian 2026-02-12

Views 3K

NGO desak SPRM siasat bekas menteri libatkan dana RM1.1 bilion

Tiga badan bukan kerajaan (NGO) mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat bekas menteri berkaitan perjanjian Kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing membabitkan dana sehingga hampir RM1.1 bilion.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hasan Syed Ali berkata, laporan rasmi dibuat bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan Angkatan Nadi Jiwa Islam Malaysia (Panji Malaysia) di ibu pejabat SPRM pada Khamis bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767916/berita/semasa/ngo-desak-sprm-siasat-bekas-menteri-libatkan-dana-rm11-bilion

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #siasatan

Share This Video


Download

  
Report form