Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin mahu rakyat menentang ahli-ahli politik yang suka menjadikan isu kaum dan agama sebagai senjata membangkitkan kebencian.
Menulis di Facebook, katanya, tindakan itu demi masa depan negara ini kerana adanya ‘tangan’ yang cuba membangkitkan permusuhan kaum dan agama yang sudah mula subur.