Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menafikan bahawa tiga ikon PAS bakal dipecat kerana mengkritik kepimpinan parti sehingga tersebar meluas di media sosial.
Katanya, dakwaan bahawa ahli jawatankuasa Pemuda PAS Sulaiman Ibrahim atau Leman Raja Lawak, AJK Dewan Muslimat Wan Aishah Wan Ariffin dan bekas juruterbang TUDM Mejar Zaidi Ahmad "sengaja diada-adakan".