Sekumpulan kira-kira 20 masyarakat Cina dan India yang berang dengan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis kerana merobohkan sebuah kuil di Setapak, semalam membuat laporan polis di balai Sentul.
Menurut beberapa saksi, kira-kira 40 anggota penguatkuasa datang dan terus merobohkan kuil itu serta memecahkan kira-kira 200 patung tanpa memberi sebarang alasan, walaupun penduduk meminta untuk melihat perintah mahkamah.