Seorang penduduk menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyiasat status tanah di premis yang menempatkan Bilik Gerakan Umno Kepong.
Perkara itu diadu oleh aktivis dari Kepong, Yee Poh Ping bersama Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng hari ini.
Dalam pada itu, menurut Ketua Umno Bahagian Kepong Datuk Rizuan Abdul Hamid berkata premis itu adalah milik sebuah syarikat pemaju dan perkara itu telah dimaklumkan oleh DBKL sebelum ini.