Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan bahawa kementeriannya lewat menubuhkan jawatankuasa khas peringkat Kabinet.
Beliau menjelaskan, jawatankuasa khas peringkat Kabinet yang diketuai oleh tiga menteri itu ditubuhkan bagi tujuan menyelaras siasatan terhadap insiden MH370 serta mengadakan kerjasama rapat dengan pasukan penyiasat asing.