Ahli parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong mempersoalkan kerajaan menubuhkan satu lagi jawatankuasa khas bagi meneliti kajian menyeluruh Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC).
Jawatankusa itu akan dipengerusikan oleh ahli parlimen Gombak, Azmin Ali.
Kata Khoo, jawatankuasa khas yang baru ini akan melambatkan proses reformasi sistem pilihan raya di negara ini.
Terdahulu di Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan berkata, sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi meneliti kajian menyeluruh ERC selama dua tahun ke atas keberkesanan sistem dan undang-undang pilihan raya.
Takiyuddin berkata, hasil kajian yang dimuatkan dalam laporan akhir ERC itu mengandungi 49 syor penambahbaikan menyentuh perihal sistem, proses dan undang-undang berkaitan pilihan raya.
Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=Bfv4YFhHd7E