Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah hari ini memfailkan saman ganti rugi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Ketua Polis Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Majlis Bandaraya Johor Bharu.
Menurut Ridzuan, saman ini bukanlah untuk melawan kerajaan sebaliknya, untuk mengajar segelintir penjawat awam yang terburu-buru dalam menjalankan tugas dengan merampas dan menyita barangan vape mereka walaupun tempoh yang diberikan kepada peniaga vape belum tamat.