Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor semalam bernada lebih santai apabila berkongsi kiriman yang diterima daripada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Ini berbanding dua hari lalu, apabila kedua-duanya saling bertikam lidah di alam maya sebelum pertarungan pasukan masing-masing di padang bola.