Tawaran 'gula-gula' yang tidak ikhlas - Ahmad Maslan

KiniTV 2019-02-27

Views 1.1K

Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan menyifatkan pengumuman kerajaan untuk mahu hapus tol, ganti caj kesesakan di 4 lebuh raya sebagai tidak ikhlas.Ahmad yang hadir di Semnyih bagi berkempen untuk BN berkata, cadangan kadar tol dihapuskan sama sekali pada waktu “off-peak” antara jam 11 malam hingga 5 pagi sebagai tawaran tidak ikhlas kerana seharusnya tol dimansuhkan pada waktu puncak.Kerajaan sebelum ini mengumumkan telah memulakan proses rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya yang mana syarikat itu memiliki pegangan majoriti.Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, dengan kejayaan pengambilalihan tersebut, kerajaan bercadang menghapuskan mekanisma kutipan tol sedia ada.Sebagai ganti, caj kesesakan (congestion charge) akan diperkenalkan di mana pengguna lebuh raya akan hanya dikenakan caj yang sama dengan kadar tol sedia ada pada waktu puncak selama enam jam sehari."Kadar tol dihapuskan sama sekali pada waktu “off-peak” antara jam 11 malam dan 5 pagi, di mana penggunaan lebuh raya adalah percuma."Pengguna juga akan menikmati diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia ada bagi penggunaan waktu biasa," kata kenyataan tersebut.

Share This Video


Download

  
Report form