Aksi Liga Turki mencuri tumpuan peminat bola sepak apabila perlawanan dua gergasi dalam liga tersebut menjadi perlawanan yang cukup 'panas'.
Ini kerana dengan layangan lima kad merah, 11 kad kuning dan dua penalti mewarnai perlawanan 'panas' Besiktas berdepan Fenerbahche.
Dua kad merah menjari milik pemain Besiktas iaitu Koybasi dan Luis Neto. Manakala tiga kad merah diraih pemain Fenerbahche, masing-masing menjadi milik Ricardo Quaresma, Atiba Hutchinson dan Ali Palabiyik.
Kedua pasukan mempamerkan aksi keras dengan terjahan-terjahan merbahaya menjadi 'rutin' dalam perlawanan ini.