Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) sama ada kerajaan akan menghapuskan SOSMA atau ditukar dengan akta lain, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kesemua akta yang dibawa ke Parlimen dan diluluskan berdasarkan Perlembagaan adalah amat penting.
Katanya, tanpa SOSMA, POTA dan POCA, beliau tidak menjamin negara boleh menjadi negara yang selamat sebagaimana hari ini.
Bagaimanapun, Muhyiddin menegaskan keperluan untuk meneliti semula akta-akta tersebut untuk memastikan tiada elemen yang dianggap menindas atau bertentangan dengan hak asasi manusia.
Setakat ini, beliau berkata hampir 2,000 orang telah ditahan di bawah SOSMA, POTA (sembilan) dan POCA (475).