IGP mesti tahu di mana Jho Low, saya tak tahu - Dr M

KiniTV 2019-07-11

Views 1.7K

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak mengetahui di mana lokasi sebenar ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low, berada.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador bahawa polis dalam proses rundingan dengan pihak berkuasa sebuah negara untuk membawa pulang Jho Low ke Malaysia.

“He must know where the person is. I don’t know (“Beliau mesti tahu di mana orang berkenaan berada. Saya tidak tahu),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Share This Video


Download

  
Report form